Wednesday, August 3, 2011

Kes skandal PKFZ Dr Ling Liong Sik mula bicara hari ini

Ling Liong Sik ketika tiba di Mahkamah Sesyen Putrajaya untuk menghadapi tuduhan berhubung skandal projek pembangunan PKFZ petang ini. – Gambar oleh Jack Ooi 

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes penipuan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik bermula di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Kes itu didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmadi Asnawi dan dijangka 40 saksi akan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan tersebut.

Pada 29 Julai 2010, Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah.
Bekas menteri Kabinet itu didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

sumber dari harian metro

0 comments: