Saturday, July 30, 2011

How Serious Is Our Water Challenge?

Facts

  • Lack of clean water is responsible for more deaths in the world than war. About 1 out of every 6 people living today do not have adequate access to water, and more than double that number lack basic sanitation, for which water is needed.


  •  By some estimates, each day nearly 5,000 children worldwide die from diarrhea-related diseases, a toll that would drop dramatically if sufficient water for sanitation was available.
  •  Canada has plenty of water, far more than its people need, while the Middle East and northern Africa — to name just two of many — suffer from perpetual shortages.
  •  Brazil, some regions are awash in fresh water while other regions, afflicted by drought, go wanting. 
  • And in some developing countries, water supplies are contaminated not only by the people discharging toxic contaminants, but also by arsenic and other naturally occurring poisonous pollutants found in groundwater aquifers.
  • Water for drinking and personal use is only a small part of society’s total water needs — household water usually accounts for less than 5 percent of total water use,the other are used for sanitation, most of the water we use is for agriculture and industry.
  •  About 3 percent of the planet’s water is fresh, but most of that is in the form of snow or ice. 
  • Water contained in many groundwater aquifers was mostly deposited in earlier, wetter times, and the rate of use from some aquifers today exceeds the rate of their replenishment.
  • “Overcoming the crisis in water and sanitation is one of the greatest human development challenges of the early 21st century,” a recent U.N. report warns. 

Wednesday, July 27, 2011

Memaknakan kehidupan

Bagaimanakah untuk menadikan kehidupan kita sebagai kehidupan yang bermakna?
Pasti ramai yang terfikir. Melihat betapa hujung kehidupan seakan satu lubang hitam yang tidak diketahui, membuatkan kehidupan menjadi hambar dan dihurung keresahan.
Apabila kita melalui hari-hari dengan merasakan bahawa kehidupan kita tidak mempunyai makna yang signifikan, kita akan rasa lemah hendak melaluinya. Kita akan rasa letih dan penat menjalaninya.
Di sinilah kelemahan terbentuk dan hidup jadi tidak menentu.
Sedangkan, makna hidup itu wujud.
Tinggal kita sahaja perlu memaknakannya.

Cara memaknakan kehidupan 1: Mempunyai matlamat
Hendak memaknakan kehidupan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mempunyai matlamat.
Kehadiran matlamat membuatkan kehidupan mempunyai makna yang signifikan. Kita ada target yang hendak dicapai, kita ada sesuatu untuk dilakukan. Untuk menjadikan perkara ini lebih berkesan, maka kita perlu mewujudkan dua matlamat.
Matlamat jangka panjang.
Matlamat jangka pendek.
Matlamat jangka panjang adalah apa yang kita hendak capai di akhirnya. Manakala matlamat jangka pendek adalah perkara-perkara yang perlu kita capai untuk mencapai matlamat jangka panjang.
Hidup tanpa matlamat, samalah seperti main bola tanpa gol. Bosan, tidak bermakna, tidak mencapai apa-apa. Hidup punya matlamat, samalah seperti permainan bola yang mempunyai gol. Matlamat jangka panjang kita adalah hendak memenangi perlawanan, maka matlamat jangka pendek adalah kita perlu menjaringkan gol ke gawang lawan, dan menjaga gol kita dari dibolosi.
Kita tidak sukar mewujudkan matlamat jangka panjang dalam kehidupan. Hal ini kerana, Islam telah menyediakannya.
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah” Surah Ad-Dzariyat ayat 56.
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).” Surah An-Nisa’ ayat 14.
Persoalan utama adalah, bagaimana hendak mewujudkan matlamat jangka pendek bagi mencapai matlamat jangka panjang?

Cara memaknakan kehidupan 2: Merancang strategi mencapai matlamat
Permainan bola yang mempunyai gol juga boleh menjadi hambar dan membosankan sekiranya pemain-pemain di atas padang bermain semberono dan tidak berstrategi.
Begitulah kehidupan. Apabila kita menjalaninya tanpa strategi, maka ada kemungkinan besar kita tidak akan berjaya mencapai matlamat jauh kita.
Justeru, untuk memberikan kehidupan kita makna, strategi dan perancangan untuk mencapai matlamat perlulah diatur.
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” Surah As-Saff ayat 4.
Hatta Allah SWT juga melakukan sesuatu dalam keadaan yang amat tersusun.
“Alif Laam Raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu,” Surah Hud ayat 1.
Soal diri kita, apakah yang perlu kita lakukan untuk mencapai matlamat jangka panjang?
Maka di sinilah kita mewujudkan matlamat-matlamat jangka pendek.
Susun strategi untuk mencapainya. Berikan masa dan waktu yang sesuai untuk menggapainya. Kemudian usaha disiplinkan diri untuk mempunyainya.
Yang tidak berstrategi, atau tidak patuh dengan strateginya, hanya akan runtuh. Bayangkan anda menonton satu pertandingan bola sepak, yang pemain-pemainnya hanya tahu menendang bola keluar padang semata-mata. Atau satu permainan yang hanya penuh dengan pergaduhan dan layangan kad. Adakah itu bermakna untuk anda?
Jadi, adakah bermakna kehidupan dengan pergerakan yang menyimpang dari matlamat kehidupan, serta mendapat layangan-layangan ‘kad’ daripada Allah SWT?
Semestinya tidak bermakna.
Maka perlu punya strategi.

Cara memaknakan kehidupan 3: Mengkualitikan waktu yang wujud
Setiap permainan ada waktu yang terhad.
Begitu jugalah  kehidupan kita. Tinggal, kalau bermain bola kita tahu bahawa kita ada 90 minit, ditambah dengan beberapa minit waktu kecederaan. Tetapi tidak untuk kehidupan, kita tidak tahu bila waktu kita akan berakhir.
Namun asasnya tetap sama. Permainan punya waktu, kehidupan punya waktu. Pemain-pemain yang tidak berjaya menggunakan waktunya di dalam permainan pada tahap yang terbaik, maka dia akan kerugian.
Begitulah kehidupan. Kehidupan jadi tidak bermakna sekiranya waktu di dalam kehidupan terbazir begitu sahaja. Tidak bermakna, tidak punya harga. Kerana ia dikorbankan ke arah yang bukan menghala ke matlamat yang hendak dicapainya.
Di situlah kehidupannya menjadi tidak bernilai. Hal ini kerana, waktu adalah terhad.
Terbazir, ia tidak akan datang semula walau dibayar dengan harga tingginya 8 petala.
Pengkualitian waktu ini, hanya akan terwujud apabila pada kita ada satu perkara.
Itulah dia makhluk bernama SERIUS.

Penutup: Hidup adalah permainan. Ada kalah, ada menang. Tetapi tiada seri.
Dilihat semula, kehidupan adalah ibarat permainan.
Tinggal, kemungkinan ada permainan yang mempunyai seri. Namun di dalam kehidupan tiada seri. Akhirnya hanya ada menang atau kalah sahaja. Berjaya mencapai matlamat, atau tidak. Itu sahaja.
Makna kehidupan hanya akan diperolehi apabila tiga perkara di atas wujud di dalam diri.
Hidup yang bermatlamat, adalah hidup yang bermakna.
Kerana perjalanan hidupnya terisi dengan perancangan-perancangan mencapai matlamatnya.
Waktu-waktunya habis semuanya dinilai kerana melaksanakan perancangan-perancangannya.
Inilah dia kehidupan yang bermakna.
Yang memahami ini tak akan gundah, kerana lubang hitam pada masa hadapannya telah hilang.
© Langitilahi.com

Ayah menjawab persoalan seks anaknya

aiman: pak, betul ke make love tu best?

bapak: haah, samalah best macam kamu korek hidung kamu!



aiman: tapi betul ke org pompuan lagi rasa best?

bapak: kalo kamu korek hidung, hidung kamu ke jari kamu yang rasa best?

aiman: tapi kenapa org pompuan tak suka diperkosa?

bapak: kalo kamu jalan2, tetiba ada org nak korek hidung kamu...
kamu suka tak?!



aiman: betul ke tak boleh buat tu masa datang bulan?

bapak: kalo hidung kamu berdarah, kamu nak korek jugak ke?!

aiman: kenapa org lelaki tak suka buat tu pakai kondom?

bapak: kamu suka tak korek hidung masa pakai sarung tangan?!

aiman: waaahhh... bapak ni pandailah!

bapak : :) 

Tuesday, July 26, 2011

Soo' Al-Khatimah (The Bad End)

Causes
  1. Corrupt Belief and practising innovations
  2. Hyprocrisy ( privately behaving contrary to one's public behaviour )
  3. Practising sins and love of sins
  4. Love of this dunya and expecting to live for a long time
  5. Unlawful love and attachment to images
  6. Procrastination
Signs
  1. Upon death
  • Apostasy
  • Refusal to utter Shahadah
  • Displaying Anger and Rejection at Allah Decree
  • Dying while commiting sin
     2. At the time of funeral
  • A change in appearance,colour or odour
  • Face turns away from Qiblah
  • Unusual things in the grave
     3. After Burial
  • Unusual things happen in the grave
 P/s: Innovations=doing deeds without knowledge
P/s 2: Apostasy tu murtad

Saturday, July 23, 2011

Belaian Bidan Gebu

KUALA LUMPUR: “Pada mulanya saya takut melanggar pantang larang ditetapkan nenek, tetapi demi wang ia akhirnya saya abaikan,” kata seorang gadis yang terjebak dalam kegiatan urut batin biarpun cita-cita asalnya mahu mewarisi kepakaran neneknya dalam bidang urut tradisional.
Berbekalkan wajah jelita dan tubuh gebu, gadis tukang urut berusia 21 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Su berkata, dia sebelum ini belajar ilmu urut tradisional daripada neneknya yang juga seorang bidan berpengalaman.

Menurutnya, harapan neneknya dan dia sendiri ketika itu ialah untuk menjadi seorang tukang urut tradisional khususnya untuk wanita baru bersalin. “Sejak kecil saya suka melihat nenek mengurut wanita baru bersalin dan dari situ timbul minat saya untuk mewarisi kerjayanya,” katanya yang ditemui Harian Metro di sebuah pusat urut di pinggir ibu kota.
Su berkata, ketika berusia 15 tahun, neneknya yang sudah tua menurunkan ilmu perubatan dan urut tradisional itu kepadanya.

“Pada masa sama dia berpesan agar saya tidak melanggar pantang larang termasuk menyalahgunakan ilmu ini untuk tujuan urutan lain, tetapi demi mendapat wang dengan cara mudah, saya kini melanggar amanatnya.

“Pada mulanya saya mengurut wanita lepas bersalin di rumah saya di Perak, tetapi pendapatan diterima tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian, menyebabkan saya memberanikan diri berhijrah ke Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut Su, pada mulanya, dia bekerja di Damansara, dekat Petaling Jaya dan ketika itu dia hanya menawarkan khidmat urut badan, kaki dan refleksologi pada harga RM50 bagi satu sesi, tetapi akibat pengaruh beberapa rakan sekerja, dia mula berminat dalam urutan seks.

“Selepas mencuba urutan batin buat pertama kali, saya jadi seronok terutama apabila dapat pendapatan lumayan dan sejak itu, ia menjadi rutin harian saya melayan lelaki ketagih urutan batin,” katanya.
Tanpa berselindung, Su mengakui kegiatan memberikan khidmat urut batin akhirnya menyebabkan dia tergelincir lebih jauh apabila turut memberikan khidmat seks kepada lelaki.

“Namun, saya agak berhati-hati memilih pelanggan bagi mengelak penyakit kelamin dan hanya bersedia menyerahkan tubuh kepada pelanggan yang memenuhi cita rasa saya,” katanya.

Su berkata, kini selepas lebih tiga tahun bergelumang dalam kegiatan tidak bermoral itu dia mempunyai ramai pelanggan tetap dan pendapatan diterima lebih lumayan.

Menurutnya, untuk khidmat urut batin dia mengenakan bayaran tambahan antara RM30 hingga RM50 manakala untuk khidmat seks bayaran dikenakannya RM200.

Apabila ditanya sampai bila dia mahu melakukan kerja jijik itu, Su hanya menggeleng kepala dan berkata: “Memang terlintas dalam fikiran saya untuk berhenti, tetapi disebabkan tiada pendidikan tinggi dan kebolehan lain, buat masa ini hanya kerja ini saya tahu.” Mengenai pantang larang neneknya yang dilanggar, Su berkata, setakat ini tiada kesan negatif terhadap dirinya dan berharap keadaan itu berterusan.

“Dulu nenek kata kalau langgar pantang kulit muka jadi kendur dengan cepat dan tenaga mengurut berkurangan. Entahlah, setakat ini saya tak rasa apa-apa pun,” katanya

Perangai teruk Lady Gaga


HOLLYWOOD: Penyanyi Lady Gaga mendedahkan dia mewarisi perangai liar daripada bapanya.
Bintang pelik Amerika itu yakin perangainya yang liar itu diwarisi daripada bapanya, Joe, yang gemar berfoya-foya dengan wanita di luar dan mengupah penari bogel supaya mengajar anaknya bermain piano.

Gaga, 25, turut mendedahkan dia sudah mengatasi ketagihan kokain tetapi masih menghisap ganja.
Gaga berkata tentang bapanya: “Ayah mengadakan hubungan seks dengan sekumpulan wanita di bawah titian kayu di New Jersey sebelum dia pergi menonton konsert Bruce Springsteen.

“Ayah nampak banyak perangainya dalam diri saya. Guru piano saya yang pertama adalah penari bogel. Saya selalu berkata kepada guru itu, ‘mengapa cikgu berkuku panjang?’ Dia hanya menjawab, ‘Satu hari nanti kamu akan faham mengapa.”

Penyanyi itu - yang memakai pakaian getah - bercakap tanpa berselindung kepada penyampai radio Amerika, Howard Stern.

Dikenali dengan cara berpakaian yang luar biasa, Gaga berkata kepada Stern: “Saya tidak suka pakai seluar panjang. Saya bersetuju sepenuhnya wanita tidak patut memakai seluar panjang. Ia berbahaya kepada kesihatan.”

Bintang yang celupar itu turut bermegah yang dia mengadakan hubungan seks hanya beberapa jam sebelum wawancara itu.

Dia memberitahu Stern: “Saya melakukan seks malam tadi...” Gaga yang dimahkotakan sebagai artis paling berkuasa awal tahun ini, meninggalkan kolej selepas setahun pengajian dan mendakwa dia memang teruk di sekolah dan menjalin hubungan dengan wanita lain.

Penyanyi kelahiran New York itu berkata: “Di sekolah, saya tidak tahu siapa diri saya.”

Bagaimanapun, dia menekankan dia dibesarkan dengan tegas ketika remaja - mendedahkan bahawa bapanya yang memaksa dia berhenti mengambil dadah kelas A.

Gaga berkata: “Sudah pasti saya ketagih kokain. Saya berhenti mengambilnya kerana bapa membelasah saya.

“Saya tidak menghisap dadah bersama orang lain. Saya melakukannya sendirian. Namun, saya menyesali apa yang saya lakukan.”

Penyanyi itu mengaku dia masih menghisap marijuana, menekankan dia ingin bersikap jujur dengan peminatnya.

“Saya tidak selalu menghisapnya - dan saya bercakap benar mengenainya,” katanya.

“Saya tidak menghormati artis yang tidak jujur mengenai apa yang mereka lakukan.”

Detik paling sedih dalam kehidupan Gaga adalah enam bulan lalu apabila dia kehilangan datuknya yang juga bernama Joseph.

Gaga berkata: “Datuk saya sakit dan saya sangat kecewa.

“Hanya dua kali dia bergerak iaitu ketika meramas tangan saya dan tangan nenek.” Gaga menulis lagu The Edge Of Glory selepas dia pulang dari menziarahi datuknya di hospital. - TS

Lelaki mengandungkan budak 11 tahun

MELBOURNE: Mahkamah Wilayah Victoria semalam, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang lelaki kerana menyebabkan seorang gadis berusia 11 tahun hamil.
Lelaki itu mendakwa budayanya membenarkan dia mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis di bawah umur.

Lelaki yang berusia 31 tahun berketurunan etnik minoriti, dikatakan kawan keluarga gadis yang juga dari etnik yang sama, telah mengadakan hubungan seks dengan gadis itu sejak tahun 2008. Gadis itu melahirkan seorang anak lelaki pada bulan Oktober 2010.
Ketika membela dirinya, lelaki yang tidak diberitahu nama dan kumpulan etniknya memberitahu pihak berkuasa, “tiada halangan usia” di dalam budaya mereka ketika memilih pasangan seks.
*Gambar tiada kaitan dengan berita

Tapi Hakim Lisa Hannan berkata, tindakan lelaki itu merupakan “penghinaan kepada sesiapa saja dan melanggar kesopanan dan moral.” Dia terus menjatuhkan hukuman atas tuduhan penderaan seksual berterusan terhadap kanak-kanak di bawah 16 tahun dan perampasan kanak-kanak.

“Ia tidak berkaitan dengan mana-mana budaya di dunia yang menerima adat ini,” katanya. - AFP