Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Nanah keluar dari zakar


SAYA mengalami keradangan pada alat sulit iaitu saluran kencing mengeluarkan lendir seakan-akan nanah yang berwarna kuning cair. Apabila saya saya membuang air kecil, saluran berkenaan terasa pedih. Adakah ini petanda saya mengalami penyakit kelamin?
MOHD GHAIDZAIR
Kota Damansara, Selangor




Salur kencing lelaki berbeza daripada salur kencing perempuan. Untuk perempuan, air kencing saja yang keluar daripada salur kencing. Bagi perempuan yang ejakulasi ketika klimaks, air mazi (cecair daripada pepundi bersebelahan salur kencing perempuan) keluar menerusi salur kencing perempuan.
Untuk lelaki air kencing, air mazi dan air mani keluar melaluinya. Jika salur kencing mengalami keradangan dan mengeluarkan cecair seakan- akan nanah, ia kemungkinan mengalami jangkitan.

Jangkitan itu mungkin berjangkit daripada faraj, mulut atau lubang najis akibat seks rambang tanpa perlindungan (ada juga terkena jangkitan walaupun menggunakan perlindungan).

Sekalipun anda tidak melakukan hubungan seks, ia turut boleh terjadi kerana kuman di dalam pundi kencing. Penyakit ini kebiasaannya adalah jangkitan Gonorrhea atau jangkitan kuman virus Chlamydia.

Jika anda melakukan seks rambang, sama ada memakai perlindungan atau tidak, ada kemungkinan masalah yang anda alami akibat jangkitan penyakit kelamin.

Jika anda masih aktif melakukan hubungan kelamin dengan pasangan lain, termasuk isteri anda, kemungkinan mereka semua boleh dijangkiti penyakit terbabit.

Jika perempuan itu terkena jangkitan, kemungkinan perkara itu tidak disedari kerana tiada simptom bagi wanita. Jika ada, mungkin pada kemudian hari apabila mereka keguguran atau mengalami kesakitan di bahagian sistem reproduktif dalaman yang kronik.

Penyakit ini dikenali sebagai ‘PID’ atau ‘pelvic inflammatory disease’. Anda patut berjumpa doktor secepat mungkin jika mendapati ada yang tidak kena dengan salur kencing anda.

Jangan abaikan, jangkitan itu boleh melarat dan menjangkiti organ dalaman seperti pundi prostat atau buah zakar.

Jika ini terjadi, anda boleh mandul. Saya cadangkan anda berjumpa doktor secepat mungkin untuk menjalani pemeriksaan dan menerima rawatan sewajar.

Tuesday, August 2, 2011

Resepi Bubur Lambuk

Bahan-Bahan:
1 cawan beras
2 inci halia
2 batang serai
2 keping dada ayam dipotong halus
1 biji kentang dipotng dadu
1 batang karot dipotong dadu
1 kiub ayam maggi
1 biji kelapa (santan)
10 cawan air untuk merebus
sedikit daun sup
sedikit daun bawang
sedikit udang
sedikit halba
sedikit lada hitam
Cara:
1. Rebus beras yang telah dibasuh bersama air, halba, serai yang telah dititik, halia yang dipotong halus dan sedikit lada hitam.

2. Setelah naik bau dan beras mulai mengembang, masukkan daging ayam, karot, kentang kiub ayam maggi dan sedikit garam.

3. Apabila beras sudah menjadi bubur, masukkan udang dan santan, biar mendidih dan kacau sebati.
Biarkan seketika dan tutup api.
Cadangan Hidangan:
Taburkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai hiasan.
Tambahan:
Untuk sedap lagi makan bersama sambal ikan bilis atau kicap manis bersama cili api atau taburkan sedikit serbuk ikan talang masin yang telah ditumbuk.
Sedap dimakan terutama di bulan Ramadhan...
    

Monday, August 1, 2011

Cepat klimaks ketika mimpi basah?

SAYA berumur 19 tahun, masih belajar dan aktif bersukan. Saya jarang melakukan onani kerana tahu keburukannya.
Namun, ketika mengalami mimpi basah, saya dapati saya sering terpancut awal. Adakah mimpi itu petanda saya akan mengalami ejakulasi pramatang jika berkahwin nanti?


DIN
Kuala Lumpur



Sudah tentu perkara yang menyeronokkan anda dalam mimpi akan membuatkan anda teruja dan mudah hilang kawalan. Lebih-lebih lagi dalam mimpi. Tidak hairan jika anda sedar daripada mimpi dan mendapati anda mencapai ejakulasi dan tak boleh mengawalnya.

Kadangkala anda tidak sedar anda mengalami mimpi basah dan hanya tahu apabila terjaga. Semua perkara itu normal dan bukan petanda masalah.

Jelas anda mempunyai sistem seksual yang berfungsi dan aktif. Teruskan aktiviti sukan dan amalkan gaya hidup sihat. Jauhi menonton atau membaca bahan berunsurkan seks walaupun anda tidak beronani.

Kerap mimpi basah atau mencapai ejakulasi ketika bercumbuan dalam mimpi bukan petanda anda akan cepat klimaks setelah berkahwin.

Anda hanya akan tahu selepas berkahwin. Itupun melalui pengalaman hubungan seksual dengan pasangan anda

Tuesday, July 19, 2011

Jenis-jenis ciuman

1. CIUMAN KUPU-KUPU

Mencium bahagian tubuh si dia sambil mengerdip-kerdipan bulu mata sehingga pasangan terasa geli-geleman. Ciuman ini biasanya dibuat di bhgn pipi, hujung bibir, dahi & perut.

2. CIUMAN PIPI

Ciuman ini biasanya bukan utk tujuan seks. Sebaliknya, ia lebih kpd ciuman berunsur sayang & mesra. Ia juga dijadikan ciuman pertaa yg istimewa buat pasangan baru kahwin.

Tip ciuman ini adalah dgn meletakkan tgn dibahunya lalu disusuli usapan lembut di pipinya.

3. CIUMAN ESKIMO

Ia mungkin lucu & jarang dipraktikkan. Caranya adalah dgn m'geselkan hidung anda dgn hidung pasangan. Seperti selalu dilihat di Eskimo.


4. CIUMAN KELOPAK MATA

Ciuman ikhlas buat org yg kamu sayangi! Kala si dia sedang lena dibuai mimpi, kucuplah kelopak matanya yg t'tutup rapat. Kamu akan terasa satu perasaan indah yg sgt puas hati.

5. CIUMAN "FRENCHKISS"

Juga disebut sbgai "The English Kiss" atau "Soul Kiss". Sesetengah org menilai kehebatan psgn masing2 melalui kepandaian psgn melakukan ciuman jenis ini. Masing2 mempunyai cara t'sendiri melakukan ciuman ini.

6. CIUMAN CUPING TELINGA

Ia juga slh satu cara m'berangsangkan nafsu. Ketika melakukannya, usah mengeluarkan suara. Cukup sekadar hembusan nafas yg panas & mengah t'dgr sayup m'getar gegendang telinganya.



7. CIUMAN KAKI

Jgn terus menciumnya krn bimbang nnt si dia kegelian. Urut2 kakinya t'lebih dahulu. Cara ini bkn b'makna kamu merendahkan tarafmu atau b'taraf rendah drpdnya, tetapi sbgai tanda si dia sgt kamu hargai & cintai.


8. CIUMAN DAHI

Dianggap sbgai ibu ciuman kerana ciuman ini digunakan utk menenangkan perasaan seseorg. Sbb itulah ciuman jenis ini dilakukan psgn baru nikah di upacara m'batalkan air sembahyang.


9. CIUMAN TANGAN

Sebelum tapak tgnnya dicium, kamu perlu m'usap & membelai lembut tgnnya. Ciuman d tgn ini menunjukkan rs hormat, syg & p'hargaan bt psgn. Ia juga blh dilakukan jika kamu ingin meminta maaf.


10. CIUMAN TENGKUK

Ia tidaklah terus kpd ciuman, sebaliknya sekadar bibirmu dilegarkan ke sekitar tengkuknya dgn lembut b'sm hembusan nafas hangat.

11. CIUMAN "TALKING KISS"

Ada yg tak suka psgn b'ckp kala b'kucupan. Tetapi, tak slh jika sekadar meluahkan perkataan "saya sayang kamu" atau "i love u". Kucupan yg diiringi dgn kata2 indah ini pasti membingkis suasana lebih romantis & syahdu.

12. CIUMAN "NIP KISS"

Ini adalah ciuman nakal yg akan memeranjatkannya di mana sambil menciumnya, sesekali kamu m'gigit ulas bibirnya! Namun awas...gigit sekadar gigitan manja & bkn utk membuat si dia menjerit kesakitan.


13. CIUMAN "QUICKIE KISS"

Klu kamu sibuk tetapi si dia dtg merengek mahukan perhatian drpd kamu, berikan dia ciuman ini. Ciuman ini b'langsung tidak sampai sesaat. Hanya sedetik bibirmu menyentuh bibirnya.


14. CIUMAN "THE BUZZING KISS"

Ciuman b'mula d belakang telinganya dgn p'lahan sambil mengalunkan suara b'dehem & dengungan mesra. Singgah di lehernya dgn gigitan manja & seterusnya ke bibirnya.

15. CIUMAN TANPA BIBIR

Ciuman ini melalui hirupan nafas di hidung sambil bibir diketap rapat. Ciuman ini kerap dibuat kerana "geram" atau rs syg yg amat sgt t'hdp si dia!

Monday, July 18, 2011

Tahnik

Definisi
Membuka atau memecahkan mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertakwa.

Kaedah
Isi buah tamar yang telah dikunyah itu diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi, ke kiri dan ke kanan mulutnya. Ini dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi.
  Hadith
 Dari hadis Abu Burdah daripada Abu Musa ra:
" Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya(memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma."

Hikmah
Menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurna.


P/s: Kalau tak da kurma, madu takpun gula pon boleh.










 

Ereksi dan/atau ejakulasi?

MINGGU ini saya akan mengetengahkan satu lagi isu yang menjadi igauan buruk setiap pasangan berumah tangga. Istilah cepat klimaks atau ‘ejakulasi pramatang’ yang digunakan menggambarkan ketidakupayaan lelaki mengawal ejakulasi sebelum dia dan pasangannya puas dalam hubungan intim seksual.
Terdapat sebilangan lelaki yang dapat mengekalkan ereksi walaupun mereka tidak dapat mengawal ejakulasi dan terdapat juga sebilangan lelaki yang mengalami perkara sebaliknya, iaitu tidak dapat mengekalkan ereksi dan gagal untuk mencapai ejakulasi.

Justeru, fenomena ereksi, iaitu kekerasan alat kemaluan hasil kemasukan darah yang banyak ke dalam otot kemaluan akibat rangsangan seksual dan ejakulasi, iaitu pencapaian kemuncak rangsangan seksual dengan diiringi pancutan air mani, adalah dua fenomena berasingan.

Mungkin ini yang membuatkan lelaki memikirkan ereksi dan ejakulasi adalah fenomena sama. Jadi, anda tidak dapat mengawal ejakulasi dan juga tidak dapat mengekalkan ereksi.


Apabila seseorang lelaki mencapai ereksi hasil tindak balas perasaan teruja seksual, tahap kekuatan dan kekerasan ereksi dapat ditingkatkan dengan kemutan. Jika otot kemut lemah, daya ereksi pun lemah dan tidak bertahan.

Jika mempunyai daya dan kekuatan otot kemut hebat, maka lelaki dapat mengawal daya dan kekuatan ereksi ke tahap mantap dan dapat mengawal pergerakan dayungan serta boleh memilih masa kemuncak dan ejakulasi.

Kawalan ejakulasi pula memerlukan tumpuan minda kepada rangsangan yang tidak akan mencetuskan kemuncak. Memandangkan penghujung alat kemaluan amat sensitif, sudah tentu rangsangan kepada bahagian itu akan mempercepatkan klimaks dan ejakulasi.

Justeru, jika melebihkan geselan pangkal alat kemaluan suami yang tidak sensitif itu ke langit kemaluan isteri dengan dayungan yang terkawal, maka seseorang itu akan dapat mengawal klimaks. Teknik ini dikenali sebagai 'Coital Alignment Technique' dan anda boleh dapatkan maklumat mengenai teknik ini di dalam Internet.

Anda perlu terus mengamalkan gaya hidup sihat dan tambahkan senaman untuk mengukuhkan otot lantai pelvis atau otot kemut melalui senaman kemut. Jika masih gagal, anda perlu berjumpa doktor yang dapat membantu anda.

Kentut Basah

SAYA sering menemui kesan kekuningan dan berbau busuk pada bahagian dubur seluar dalam suami. Apakah sebenarnya masalah yang dihadapi suami saya?

ISTERI RISAU
Kuala Lumpur




Kemungkinan masalah dialami suami anda ialah ‘kentut basah’ atau ‘wet flatulency’. Perkara ini menggambarkan bahagian dalam seluar dalam yang kelihatan kekuningan dan berbau, akibat hasil angin dan najis yang terkeluar ketika individu melepaskan angin.

Jika suami anda tidak sedar perkara itu berlaku, dia akan terus bekerja dengan pakaian itu dan kembali ke rumah tanpa melihat pakaian dalamnya seperti yang berlaku dalam situasi suami anda.

Buat permulaan, suami anda boleh pakai ‘adult diapers’, iaitu lampin guna hapus untuk orang tua, jika perkara itu ketara dan kerap berlaku. Dia perlu jumpa pakar gastro untuk diperiksa.

Sebahagian besar masalah gastro boleh menyebabkan ‘kentut basah’ seperti IBS (irritable bowl syndrome), gastrik dan dispepsia atau angin dalam usus.

Jika suami gemar makan kobis, brokoli dan kekacang yang mudah menghasilkan angin dalam perut, dia mudah melepaskan angin.

Jika usus badannya ada bakteria yang menghasilkan gas makanan, ia akan menjadi lebih ketara. Pastikan dia jumpa doktor segera.

Benjolan di bibir alat kelamin wanita

SAYA sudah berumah tangga selama empat tahun. Baru tahun ini saya perasan terdapat ketulan pada bahagian bibir kemaluan (bahagian dalam) di sebelah kiri dalam anggaran sebiji bola pingpong.
Saya tidak pula rasa sakit dan saya tidak pasti sama ada ia satu ketumbuhan atau sebaliknya. Adakah ia boleh memudaratkan?

NIZA,
Shah alam


ANDA tidak menyatakan usia anda, saya andaikan anda masih muda. Benjolan berhampiran bibir kemaluan bahagian dalam lazimnya disebabkan kelenjar Bartholin tersumbat, ini dinamakan sista Bartholin dan mudah dirawat secara pembedahan minor.

Sekiranya ia mengalami jangkitan kuman sehingga menjadi bernanah, ia dinamakan abses Bartholin pula dan memerlukan pembedahan segera.

Bagaimanapun, ia boleh juga sebenarnya sista faraj, varikos salur darah vena dan sebagainya. Berjumpalah pakar sakit puan berhampiran untuk kepastian.

Onani setiap 10 hari?

BENARKAH seorang lelaki tidak harus menyimpan sperma lebih dari tujuh hingga 10 hari kerana kualiti sperma akan menurun?
Jika benar, bagaimana remaja yang belum berkahwin mahu mengelak keadaan itu? Perlukah dia melakukan onani?

IZWAN
Selangor



Sperma lelaki dihasilkan oleh buah zakar dan sperma berkumpul di penghujung salur sperma yang dikenali sebagai ‘ampulla’, berdekatan pundi seminal dania menunggu waktu untuk dikeluarkan melalui proses ejakulasi.

Proses pembiakan sperma daripada peringkat sel asal kepada sperma matang ialah 90 hari dan jangka hayat sperma dalam ‘ampulla’ ialah dua minggu.

Lelaki menghasilkan 70,000 sperma seminit dan 100-300 juta sperma sehari. Jika sperma itu tidak dikeluarkan melalui ejakulasi, sperma akan putus riwayat dan hasil kehancurannya diguna pakai sebagai nutrien dalam badan.

Jadi, tiada sebab kenapa sperma perlu dikeluarkan secara onani. Tanggapan anda dan kebanyakan lelaki yang mengikut kefahaman kononnya sperma perlu dikeluarkan sebelum tujuh hari, yang mana ia menjadi lemah atau kualitinya menurun ialah karut dan tidak benar.

Badan kita ada cara untuk melegakan tekanan syahwat dan tekanan pembiakan sperma. Jika sudah lama tidak melakukan onani, kita boleh mengalami mimpi basah. Jika tiada mimpi basah, sperma lama putus hayat dan hancur, kemudian diserap ke dalam sel badan.

Ingin saya tekankan, jangan mencuba dan membolehkan perkara haram dan yang tidak mendatangkan kebaikan.

Bagaimanapun, kajian di Australia mendapati onani dapat mengelak kemungkinan kanser prostat untuk lelaki berumur dan tiada pasangan.

Jika ada pasangan, pasangan boleh membantunya mengeluarkan sperma mengikut kemampuan mereka berdua. Bagi anda dan lelaki yang masih muda, jauhi onani dan zina. Begitupun, jika dengan onani boleh menjauhkan anda dengan zina, keadaan itu boleh dikira sebagai darurat. Wallahualam.