Saturday, July 14, 2012

Maksud disebalik tangisan bayi

Tangisan bayi selalu dapat kita dengar, tak kira siang malam, tak kira tempat.


Kadang-kadang tu, tengok mak bapak baby tu buat macam macam untuk bagi baby dia tak menangis,bagi minum susu, bagi belahak, dodoikan dalam buaian, bukak baju (mungkin sebab baby tu panas), tukar lampin la, bacakan surah yasin dengan ayat kursi la tapi tak berhenti jugak. 


Lagi stress kalau tangisan baby tu mengacau ketenteraman orang lain contohnya dekat shopping complex ke, dalam library ke, kat kenduri kawen ke, tengah tahlil ke dan seangkatan dengannya. 


Kadang kadang hati mak bapak jugak kecewa sebab tak dapat faham apa yang anak dia cuba sampaikan dekat dia.


Sila lihat video di bawah ini, jawapannya ada di dalam video tersebut.


atau



p/s: kalau kalau korang termiss information ni, formula ni cuma berkesan terhadap bayi yang berumur kurang dari 3 bulan.

Monday, May 21, 2012

Isteri Dambaanku

Tengah blogwalking cari info pasal bulan rejab, tiba tiba terjumpa satu link 
bertitle 'Ciri isteri solehah yang dicari'. Dengan perasaan ingin tahu, maka aku 
meng'klik' link tersebut dan aku meramalkan jawapannya adalah jawapan 
tipikal, seperti cukup solat lima waktu, dengar kata ibu ayah, jaga batas 
pergaulan dan lain lain jawapan yang dah selalu diungkapkan. Tapi, bila baca 
point yang pertama, aku dah terkejut sebab ciri tu sama dengan apa yang aku 
nakkan. Terus aku scroll down tengok ciri yang ke-dua plak, sama lagi. Bila 
scroll smpai habis, semua menepati ciri-ciri yang aku idamkan dari bakal isteri 
aku. Unik betul jawapannya, seolah olah artikel tu aku yang taip. Kalau 
tengokkan kehidupan harian aku sekarang ni, memang banyak tugas untuk 
seorang isteri lakukan,(sengaja aku 'reserve'kan tugas tugas tu untuk dia, 
kalau aku rajin buat semua tu, dia nak buat apa?haha). Baju kotor yang 
bertimbun, perbelanjaan yang tak terurus, bilik yang bersepah, penampilan 
yang selekeh dan macam-macam lagi lah. Walau macam mana pun, harapanku adalah aku dapat menjaga amanah Allah s.w.t ni dengan baik dan dikurniakan keredhaan dariNya. Amin. 

Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam sehari dan 7 hari seminggu.
Ciri Isteri Solehah Yang Dicari.
Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.
Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.
1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!
.
2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.
.
3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.
.
4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.
.
6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.
.
7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.
.
8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya

Wednesday, April 11, 2012

Mengubati Penyakit Malas

Layan ni dulu..

Ubatnye?Ni dia..

Adakah anda merasa malas? 


Jika benar, cepat-cepatlah berusaha melawan sikap malas. Malas ialah attitude yang negatif wajib dihindari oleh semua orang Islam. Sesetengah kita mungkin tidak dapat melepaskan diri dari sikap ini. Ada yang diuji dengan tahap malas yang keterlaluan, ada yang diuji dengan tahap malas yang sedikit. Apa pun bentuk malas yang ada, hakikatnya malas bukan satu ajaran Islam. Malas menurut al-Quran adalah attitude orang munafiqin. Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 140] :
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
Ibn Kathir menafsirkan ayat di atas : “Ini adalah sifat orang munafikin dalam amalan paling baik da paling mulia iaitu solat. Apabila mereka hendak solat, mereka solat dengan malas kerana mereka tiada niat, tidak beriman dengannya, tidak takut (khashyah) dan tidak memahami maksud solat”.
Oleh itu, jika anda ada sikap malas, cepat-cepat buangkannya kerana ia sifat orang munafik. Orang yang munafik ialah orang yang cuba menipu Allah Taala. Tetapi, bagaimanakah cara hendak buangkan sikap malas? Saya cuba bawakan beberapa kaedah menghilangkan rasa malas menurut al-Quran dan al-Sunnah.

Pertama : Doa dan perbanyakkan doa
Gunalah senjata utama orang mukmin iaitu doa. Tokoh terkenal, Ibn Qayyim dalam karya beliau al-jawab al-kafi li man sa’ala an al-dawa’ al-shafi, menjelaskan ubat pertama dan kedua untuk mengubati jiwa mukmin ialah berdoa dan bersungguh-sungguh dalam doa.
Doa ialan ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :
اللهم إني أعوذ بك من الهرم والحزن، والعجز والكسل، والبخل والجبن، وغلبة الدين، وقهر الرجال
Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”. [al-Bukhari]
Antara doa Nabi juga :
اللهم إني أسألك الثبات في الأمر، والعزيمة على الرشد
Maksudnya : “Ya Allah, aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat”.
Semuanya menunjukkan bahawa doa yang dapat menghalang sikap malas seseorang. Kalaulah Nabi boleh berdoa sebegini, inikan pula kita umatnya. Wajiblah kita mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam semua sunnahnya.


Kedua : Lawanlah syaitan dan nafsu
Malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.Tidakkah kita pernah mendengar hadis Nabi s.a.w. :
يعقد الشيطان على قافية رأس أحدكم إذا هو نام ثلاث عقد يضرب مكان كل عقدة عليك ليل طويل فارقد فإن استيقظ فذكر الله انحلت عقدة فإن توضأ انحلت عقدة فإن صلى انحلت عقدة فأصبح نشيطا طيب النفس وإلا أصبح خبيث النفس كسلان
Maksudnya : “Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”.
Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah malas dengan cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malas itu puncanya datang dari syaitan. Sememangnya syaitan sentiasa mencuba untuk menipu daya dan menyebabkan manusia lalai dari perintah Allah Taala.

Ketiga : Carilah ilmu 
Saya akhiri tulisan kali ini, dengan kaedah ketiga untuk menghapuskan sikap malas. Iaitu timbalah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmulah seseorang itu menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya. Sebagai contoh, ilmu tentang fadilat dan kelebihan ibadat, menyebabkan seseorang rajin beribadat dengan syarat adanya keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajari. Oleh itu, orang yang mempunyai ilmu berkenaan fadilat solat jemaah, sangat rajin mengerjakan solat jemaah. Orang yang mempunyai ilmu tentang kelebihan dan fadilat solat Duha, akan menjadi rajin dan cergas untuk melaksanakannya.
Sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda :
أثقل الصلاة على المنافقين صلاة العشاء وصلاة الفجر، ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبواً
Maksudnya : “Solat paling berat bagi orang munafiqin ialah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak”.
Lihat kepada kata-kata Nabi : “Sekiranya mereka mengetahui apakah ganjaran”, menunjukkan pentingnya ilmu tentang kelebihan dan fadilat sesuatu ibabdat, kerana ia membantu anda menjadi rajin dan cergas dalam melakukannya.
Akhirnya, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri sendiri adakah kita masih malas? Sekiranya masih bergelumang dengan malas, ayuhlah kita hilangkan sikap malas yang ada pada diri kita. Janganlah menjadi pengikut syaitan dan nafsu, tetapi jadilah pengikut iman dan akal.


original post from :http://albaruhiyy.wordpress.com/2010/01/25/ubat-kepada-malas-menurut-islam/

Tips Hafal Al-Quran bagi Pelajar Kejuruteraan

Satu hari sebelum tidur – aku terbaca satu kisah bagaimana hendak menghafal Al Quran dan dengan cara yang demikian dapat membina hubungan yang intim dengan Allah swt

Kisah ini berkisar pada seorang hamba Allah bernama Ahmad – seorang pelajar kejuruteraan yang telah menghafal Al-Quran dalam masa pengajiannya sebagai seorang jurutera. Beliau mengikuti dengan tekun teknik yang telah dipelajari dari seorang syeikh dari Algeria, Shaykh Zakariya al-Siddiqi yang sedang bertugas di Institute of Human Science di Perancis. Shaykh Zakaria telah menjadi hafiz pada umur 9 tahun dan mengorbankan masanya untuk mempelajari dan mengajarkan isi kandungan Al Quran. Beliau telah menceritakan kisah Ahmad ini (nama samaran).

Tip 1 – Bangun awal
Ahmad akan bangun lebih awal dari rakan-rakannya. Beliau akan beristiqamah ke masjid pada setiap waktu fajr. Apabila balik dari rumah – beliau tidak menghabiskan masa dengan TV atau internet tetapi akan menghabiskan beberapa minit setiap hari dengan menghafal ayat-ayat Al Quran.

Tip 2 – Setiap hari cuba menghafal kurang dari apa yang anda rasa anda mampu buat
Ahmad membuat satu azam untuk menghafal keseluruhan Al-Quran. Beliau tidak mengikuti jejak langkah rakan-rakannya yang cuba menghafal satu atau dua muka surat dan akhirnya berhenti kerana tidak mampu. Ahmad akan menumpukan kepada 5 baris sehari. Ini memakan masa 20 – 30 minit sehari.

Tip 3 – Biasa-biasakan dahulu
Untuk membiasakan diri dengan 5 barisan ayat-ayat Al-Quran, beliau akan menulis lima barisan ayat tersebut di atas sekeping kertas. Kemudian beliau akan mengulangi membacanya dan cuba menghafalnya.

Tip 4 – Simpan ayat-ayat tersebut dekat dengan anda
Ahmad akan mencari masa-masa terluang – di sana sini untuk menghafal ayat yang telah ditulis tadi …kekadang semasa menunggu bas, semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas. Kertas yang ditulis akan sentiasa berada di koceknya dan akan dirujuk jika hafalannya tersangkut

Tip 5 – Guna apa yang dihafal dalam setiap solat
Bagi memantapkan hafalan – setiap waktu sembahyangnya – beliau akan membaca ayat yang dihafal pada hari tersebut. Dalam setiap rakaat beliau, dia akan menggilirkan pembacaan 5 barisan yang dihafal pada hari tersebut dan hari sebelumnya.

Tip 6 – Pastikan Matlamat sentiasa berada di depan anda
Bagi rusham Uthmani ada 15 barisan satu muka. Maka pada setiap hujung minggu, Ahmad bukan sahaja telah menghafal 2 muka surat Al Quran malahan berjaya menulis keseluruhan 2 muka surat.

Tip 7 – Perbaiki tajweed anda
Pada hujung minggu biasanya Ahmad akan menziarahi guru Quran yang mahir dalam pembacaan. Ahmad akan minta gurunya mendengar bacaan dua muka surat yang telah dihafalnya. Dengan ini beliau menjadi yakin dengan pembacaan dan tajweed hafalannya.
Seperkara lagi – ada satu lagi rahsia kejayaan Ahmad.



Rahsia dalaman bagi kejayaan dalam penghafalan
Seminggu sekali (biasanya pada hari Jumaat malam sabtu), Ahmad akan bangun malam untuk bertahajjud. Dalam tahajjudnya, beliau akan membaca keseluruhan dua muka surat yang telah dihafalnya.
Pada ketika ini Shaykh menyatakan berkemungkinan salah satu sebab tidak ramai yang bangun malam untuk bertahajjud ialah kerana mereka tidak ada ayat baru untuk dibaca.
Kita tahu terlalu sedikit ayat-ayat Al Quran sehingga tidak ada kenikmatan dalam bangun tahajjud…kekadangkala merasakan sembahyang wajib satu beban bukan satu nikmat.

Natijahnya
Bayangkan kegembiraan dan perasaan Ahmad apabila setelah 3 bulan dapat menghafal 1 juzuk Al Quran.

Apa yang beliau dapat bukan sahaja perasaan kejayaan dan kekuatan yang diperolehi dari Al Quran tetapi satu perasaan hubungan dalaman yang cukup hebat dengan Allah swt dan perasaan ini dirasai setiap hari yang dilaluinya.

Bayangkan betapa bangganya beliau apabila pada hari Penganugerahan Sarjana Mudanya, bukan sahaja Ahmad mendapat Pangkat Pertama dalam bidang kejuruteraan (dapat tempat ketiga dalam kelas) tetapi secara rasminya telah menghafal keseluruhan Al Quran…. Dia menjadi seorang hafiz.

Shaykh Zakariya menyatakan satu pengajaran yang cukup hebat dalam kes Ahmad:

Kejayaan terbesar bagi Ahmad bukan kerana beliau telah menghafal keseluruhan Al-Quran tetapi kerana telah terjalin satu hubungan yang amat intim dengan Al-Quran bagi setiap hari hidupnya selama 5 tahun.

Seterusnya hubungannya dengan Allah telah membuat Ahmad seorang yang sungguh istimewa. Keintiman perasaan dengan Pencipta telah menjadikan kehidupannya penuh makna dan membuat dia istiqamah dengan usahanya sedikit demi sedikit agar dapat menghafal keseluruhan Al Quran.

One can only imagine what happened to Ahmed’s levels of personal fulfilment, Iman and taqwa, as he went back every single day to develop this ritual of ihsan (spiritual excellence). Each day he woke up for Fajr and wrote out another 5 lines of Quran, his self-esteem and self-confidence soared…

“Can the reward for excellence be anything other than excellence?” Surah Rahman (55: 60)

sumber asal: http://http://pas-sembrong-bangkit.blogspot.com/2012/03/tips-hafal-al-quran-bagi-yang-bukan.html

Saturday, December 17, 2011

Akibat onani terlampau banyak

TRIBUNNEWS.COM melaporkan seorang remaja berusia 16 tahun dari Rubiato, Goias, Brazil meninggal dunia dipercayai akibat terlalu banyak melakukan onani.

Pada suatu hari, dia dikatakan melakukan masturbasi berpuluh kali sebelum ditemui telah meninggal dunia pada keesokkan hari oleh ibunya.
Sebelum kejadian, ibunya telah mengetahui anaknya mengalami masalah ketagihan seks dan merancang untuk membawa anaknya mendapatkan rawatan bagi mengubati ketagihan seks melampau itu tetapi malangnya dia terlambat.
Seorang teman kelas remaja lelaki itu yang namanya dirahsiakan itu mengatakan sahabatnya itu sangat ketagih seks dan suka melihat tubuh perempuan dalam segala bentuk dan tidak mengira umur.

Dia juga bahkan pernah meminta temannya menonton dirinya melakukan masturbasi melalui kamera.
Siasatan mendapati bilik remaja itu dipenuhi majalah pornografi.
Bahkan, terdapat gambar-gambar yang mengghairahkan dan filem berunsur seks ditemui di komputernya.

p/s: nasihat aku. 

Monday, September 12, 2011

5 Cara Periksa Kesihatan Lelaki

Adakah anda lelaki yang sihat?

Semakin hari kita dibanjiri dengan pelbagai maklumat mengenai penyakit, tetapi jarang sekali kita disogokkan dengan makna sebenar menjadi sihat. Biar pun lima signal ini tidak lengkap namun memberi perhatian kepada petunjuk-petunjuk pada diri sendiri membantu anda mengenal pasti masalah yang mungkin anda hadapi.


1. Kuku yang kuat dan berwarna merah jambu.

Penjagaan kuku mungkin tidak tersenarai sebagai perkara penting dalam diari kesihatan kaum lelaki. Tetapi percayalah kuku boleh mendedahkan banyak mengenai kesihatan seseorang. Secara umumnya, kuku individu yang sihat berwarna merah jambu, kukuh tetapi lembut. Sedikit perubahan pada kuku seperti tompok putih dan permukaan yang sedikit tidak rata adalah perkara biasa, namun sebarang perubahan besar mesti diberi perhatian.

Kuku yang tebal dan berwarna kekuningan mungkin isyarat bagi penyakit berkaitan pernafasan seperti bronkitis yang kronik. Kesan lekuk melintangi kuku yang dikenali sebagai garisan Beau pula tidak mustahil membawa maksud individu berkenaan mengidap diabetes. Kuku yang berbentuk seperti sudu yang melengkung keluar mungkin menunjukkan masalah kekurangan zat besi. Biar pun perubahan pada kuku bukan isyarat atau petunjuk pertama kepada sesuatu penyakit, tetapi adalah lebih baik rujuk masalah tersebut kepada doktor anda.


2. Warna air kencing

Pernahkah anda terfikir untuk menjalani ujian air kencing untuk melihat sama ada anda sihat atau sebaliknya? Jika tidak, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berbuat demikian kerana ujian air kencing boleh mendedahkan petunjuk-petunjuk penting tentang kesihatan anda. Air kencing sepatutnya berwarna keperangan untuk menunjukkan seseorang itu sihat.



Bagaimanapun warna perang atau kuning pada air kencing boleh berbeza bergantung kepada jumlah air yang diminum. Jika anda minum air yang banyak maka kebiasaannya air kencing selalu kelihatan jernih dan secara perubatan ia menunjukkan anda sihat. Bagaimanapun jika anda mengalami dehidrasi, air kencing anda akan berwarna perang gelap. Selain faktor warna, sentiasa berwaspada jika terdapat sebarang perubahan besar. Bau kurang menyenangkan, tompokan darah atau warna-warna lain yang tidak berkaitan dengan makanan, ubat atau suplemen yang diambil mesti dipandang berat.


3. Pancutan air mani

Lelaki pertengahan umur yang sihat sepatutnya mempunyai keupayaan untuk memancutkan antara 2 dan 5 ml air mani. Semakin berusia seseorang lelaki itu semakin kurang air mani yang dipancutkan. Justeru 2 ml air mani adalah petunjuk hypospermia – keadaan yang boleh memberi kesan kepada kesuburan seseorang lelaki. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyokong kadar 2 ml).

Selain daripada jumlah, warna serta konsistensi air mani juga menjadi petunjuk kepada kesihatan lelaki. Lelaki yang sihat sepatutnya mempunyai air mani yang pekat, berwarna putih atau sedikit kelabu. Air mani yang bercampur dengan darah mungkin ada kaitan dengan masalah kesihatan.

4. Kadar degupan jantung semasa berehat 70 bpm.

Kadar degupan jantung semasa berehat (RHR) atau jumlah degupan jantung seminit semasa berehat adalah indikator yang bagus untuk menentukan paras kecergasan anda. Walaupun RHR berbeza mengikut usia, bagi lelaki yang sihat jumlah RHR antara 70 dan 75 degupan seminit (bpm) adalah sasaran yang munasabah. Malah, RHR antara 60 and 100 bpm secara umumnya dianggap normal bagi lelaki dewasa. Kadar degupan jantung di luar catatan tersebut boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan boleh menjadi petunjuk kepada beberapa masalah kesihatan anda. Untuk mengukur denyut nadi, letakkan dua jari pada pergelangan tangan. Apabila merasa denyutan nadi, lihat jam dan kira denyutan selama 15 saat. Darab jumlah tersebut dengan empat untuk mendapat kadar denyutan anda seminit.


5. Kulit anjal

Ukuran keanjalan kulit biasa digunakan untuk menentukan paras dehidrasi. Cirit-birit atau muntah-muntah menyebabkan seseorang kehilangan cecair dalam badan. Kulit yang sihat kekal anjal dan akan kembali normal apabila masalah tersebut pulih. Untuk menguji keanjalan kulit anda, cubit kulit di belakang tangan anda. Kulit yang kering akan kekal terangkat dan secara perlahan kembali kepada kedudukan asal. Kulit yang sihat pula akan kembali normal dalam masa yang singkat.


Artikel ini diambil dari forum Carigold.

Sunday, August 21, 2011

Nanah keluar dari zakar


SAYA mengalami keradangan pada alat sulit iaitu saluran kencing mengeluarkan lendir seakan-akan nanah yang berwarna kuning cair. Apabila saya saya membuang air kecil, saluran berkenaan terasa pedih. Adakah ini petanda saya mengalami penyakit kelamin?
MOHD GHAIDZAIR
Kota Damansara, Selangor




Salur kencing lelaki berbeza daripada salur kencing perempuan. Untuk perempuan, air kencing saja yang keluar daripada salur kencing. Bagi perempuan yang ejakulasi ketika klimaks, air mazi (cecair daripada pepundi bersebelahan salur kencing perempuan) keluar menerusi salur kencing perempuan.
Untuk lelaki air kencing, air mazi dan air mani keluar melaluinya. Jika salur kencing mengalami keradangan dan mengeluarkan cecair seakan- akan nanah, ia kemungkinan mengalami jangkitan.

Jangkitan itu mungkin berjangkit daripada faraj, mulut atau lubang najis akibat seks rambang tanpa perlindungan (ada juga terkena jangkitan walaupun menggunakan perlindungan).

Sekalipun anda tidak melakukan hubungan seks, ia turut boleh terjadi kerana kuman di dalam pundi kencing. Penyakit ini kebiasaannya adalah jangkitan Gonorrhea atau jangkitan kuman virus Chlamydia.

Jika anda melakukan seks rambang, sama ada memakai perlindungan atau tidak, ada kemungkinan masalah yang anda alami akibat jangkitan penyakit kelamin.

Jika anda masih aktif melakukan hubungan kelamin dengan pasangan lain, termasuk isteri anda, kemungkinan mereka semua boleh dijangkiti penyakit terbabit.

Jika perempuan itu terkena jangkitan, kemungkinan perkara itu tidak disedari kerana tiada simptom bagi wanita. Jika ada, mungkin pada kemudian hari apabila mereka keguguran atau mengalami kesakitan di bahagian sistem reproduktif dalaman yang kronik.

Penyakit ini dikenali sebagai ‘PID’ atau ‘pelvic inflammatory disease’. Anda patut berjumpa doktor secepat mungkin jika mendapati ada yang tidak kena dengan salur kencing anda.

Jangan abaikan, jangkitan itu boleh melarat dan menjangkiti organ dalaman seperti pundi prostat atau buah zakar.

Jika ini terjadi, anda boleh mandul. Saya cadangkan anda berjumpa doktor secepat mungkin untuk menjalani pemeriksaan dan menerima rawatan sewajar.

Wednesday, August 10, 2011

Kebersihan diri

HADITH
Dari Annas bin Malik, katanya :
"Rasulullah s.a.w. menentukan waktu kepada kami tentang menggunting kumis,
mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur ari-ari
supaya jangan dibiarkan lebih daripada empat puluh hari."
Hadis sahih riwayat Muslim

Wednesday, August 3, 2011

Kes skandal PKFZ Dr Ling Liong Sik mula bicara hari ini

Ling Liong Sik ketika tiba di Mahkamah Sesyen Putrajaya untuk menghadapi tuduhan berhubung skandal projek pembangunan PKFZ petang ini. – Gambar oleh Jack Ooi 

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes penipuan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik bermula di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Kes itu didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmadi Asnawi dan dijangka 40 saksi akan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan tersebut.

Pada 29 Julai 2010, Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah.
Bekas menteri Kabinet itu didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

sumber dari harian metro

Tuesday, August 2, 2011

Jimmy Shanley tidak dimaafkan

SETIAP kali Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 31, mengeluarkan kenyataan mengenai perbalahan dengan Nursuhaila Elliani Shuhaimy, 25, di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen, setiap kali itu jugalah isterinya itu mengambil sikap berdiam diri.
Tidak sepatah pun kenyataan balas dilemparkan Nursuhaila tatkala dia dikecam oleh Jimmy dengan pelbagai dakwaan yang tidak diketahui, siapa yang benar dan siapa yang salah.
Namun, baru-baru ini, lantaran keceluparan mulut Jimmy yang memberitahu majlis berendoi dan cukur jambul sempena menyambut kelahiran anak mereka, Zahrah Rania Shanley yang baru menginjak usia sebulan dibatalkan, mengundang kemarahan keluarga Nursuhaila terutama bapanya, Datuk Suhaimy.
Suhaila yang dahulunya dilihat pendiam akhirnya lantang bersuara ekoran kemarahannya terhadap tindakan Jimmy yang disifatkan tidak siuman itu.


"Menjadi kebiasaan, setiap tahun keluarga saya akan mengadakan majlis kesyukuran sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan.
"Justeru, dengan kelahiran Zahrah, bapa saya mengadakan dua majlis itu serentak tanpa meminta satu sen pun daripada Jimmy.
"Jadi, apa hak dia untuk mengatakan majlis ini dibatalkan sedangkan kami sekeluarga sibuk menguruskan bagi memastikan ia berjalan lancar," kata Nursuhaila yang marah dengan sikap keterlaluan Jimmy ketika ditemui sejurus majlis yang diadakan di kediaman kedua orang tuanya, di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh itu tamat.
Pada masa yang sama, ditanya kenapa selama ini dia banyak mendiamkan diri sedangkan Jimmy tampil dengan kenyataan kepada pihak media, jawab Suhaila, semua itu demi menjaga kerjayanya sebagai seorang usahawan.
Jelasnya, sebagai ahli perniagaan, dia tidak memerlukan publisiti murahan seperti mana yang ditagih oleh Jimmy.
"Kalaulah saya buat tindakan yang serupa dengan dia (Jimmy), itu pasti akan menjejaskan perniagaan saya dan secara tidak langsung, perniagaan keluarga saya.
"Cukuplah dengan kekecohan yang ditimbulkan oleh Jimmy dan segala kemelut yang saya hadapi sekarang ini membuatkan tumpuan terhadap perniagaan terganggu," katanya sinis selain mengaku kecewa dengan apa yang berlaku ke atas rumah tangganya.


Tidak maafkan Jimmy
Sementara itu, Suhaimy pula menegaskan, dia tidak akan memaafkan tindakan Jimmy yang menjatuhkan nama baik dan maruah keluarganya.
Suhaimy mengakui malu untuk berhadapan dengan rakan-rakan perniagaannya yang bertanyakan kesahihan sama ada majlis tersebut (cukur jambul) berlangsung atau dibatalkan.
"Jujurnya, saya tidak maafkan dia berdasarkan kenyataan yang dikeluarkannya.
"Apatah lagi, saya sudah mengundang ahli keluarga dan sahabat handai untuk hadir ke majlis ini.
"Apabila ramai yang bertanya jadi ke tidak majlis ini, saya jadi terkejut kerana majlis ini sudah dirancang dan dia sendiri tahu majlis ini akan diadakan pada 27 Julai.
"Saya sangat marah dengan tindakannya itu. Pada saya, jadi atau tidak majlis ini tidak perlu diuar-uarkan kepada media," jelasnya sambil memberitahu, seboleh-bolehnya beliau tidak mahu masuk campur perihal rumah tangga anaknya yang berantakan.
Ibu mertua Jimmy, Datin Muniroh pula mengatakan, menantunya itu sendiri yang menetapkan majlis tersebut supaya berlangsung pada 27 Julai.
"Pada awalnya, Jimmy mahu mengadakannya pada 23 Julai, tetapi memandangkan suami saya perlu menghadiri mesyuarat, Jimmy sendiri yang mengganjak tarikh dan menetapkan pada tarikh baru pada hari ini.
"Saya bukan sahaja terkejut tetapi mengamuk apabila dia cakap majlis ini tidak jadi. Tipu kalau dia kata, dia tidak tahu menahu tentang majlis ini.

"Sedangkan, sebelum majlis ini berlangsung, saya ada mengingatkannya supaya hadir sama kerana ini majlis cukur jambul anaknya juga," jelas usahawan kosmetik Natasha itu

Malaysia friendly match against Indonesia

KUALA LUMPUR, AUG 2 (Bernama) -- The Malaysian ''Harimau Malaya'' squad has
been invited to play a friendly match against Indonesia to help prepare their
squad for 2014 Asian Zone World Cup Qualifier in September.
Football Association of Indonesia (PSSI) committee member Bob Hippy said the
Indonesian World Cup squad was also planning to hold friendly matches with
Australia as well.
Indonesia was voted into Group E together with Iran, Bahrain and 2022 World
Cup host, Qatar.
Football Association of Malaysia (FAM) secretary-general Datuk Azzuddin
Ahmad when contacted said the national body was still waiting for further
details on the date and location of the match.
In the second round second leg, Indonesia defeated Turkmenistan 4-3 and
qualified for the third round, 5-4 on aggregate.
The progress of the Harimau Malaya squad under Datuk K. Rajagobal was halted
in the second round after losing 4-6 on aggregate to Singapore.
-- BERNAMA

Resepi Bubur Lambuk

Bahan-Bahan:
1 cawan beras
2 inci halia
2 batang serai
2 keping dada ayam dipotong halus
1 biji kentang dipotng dadu
1 batang karot dipotong dadu
1 kiub ayam maggi
1 biji kelapa (santan)
10 cawan air untuk merebus
sedikit daun sup
sedikit daun bawang
sedikit udang
sedikit halba
sedikit lada hitam
Cara:
1. Rebus beras yang telah dibasuh bersama air, halba, serai yang telah dititik, halia yang dipotong halus dan sedikit lada hitam.

2. Setelah naik bau dan beras mulai mengembang, masukkan daging ayam, karot, kentang kiub ayam maggi dan sedikit garam.

3. Apabila beras sudah menjadi bubur, masukkan udang dan santan, biar mendidih dan kacau sebati.
Biarkan seketika dan tutup api.
Cadangan Hidangan:
Taburkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai hiasan.
Tambahan:
Untuk sedap lagi makan bersama sambal ikan bilis atau kicap manis bersama cili api atau taburkan sedikit serbuk ikan talang masin yang telah ditumbuk.
Sedap dimakan terutama di bulan Ramadhan...
    

Milan Jovanovic transfer

Anderlecht have struck a deal to sign Milan Jovanovic from Liverpool. The Belgian club announced the news on their website and said the transfer hinges on Jovanovic passing a medical on Thursday.

Jovanovic joined Liverpool on a free transfer from Standard Liège last summer, having impressed the then manager Rafael Benítez, but was unable to establish himself in the Premier League and last started a game for Liverpool in January. Anderlecht have not paid a fee for him.

The Serbia forward had been a huge success in Belgium with his previous club, boasting an impressive goals-per-game ratio and catching the eye in the Champions League group stages in 2009.
The Anderlecht general manager, Herman van Holsbeeck, described negotiations with Liverpool as "long but fruitful" and spoke of Jovanovic's "undeniable talent" and "requisite experience" being key qualities.
 source from guradian.co.uk

Hasnah Haron meninggal dunia

JOHOR BAHRU 1 Ogos - Penyanyi popular lewat tahun 60-an, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia akibat penyakit kanser pangkal rahim di Hospital Sultan Ismail, di sini kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Jenazah Hasnah yang popular dengan lagu-lagu seperti Bersedih, Sabar Menanti dan Siti Zubaidah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, di sini selepas Solat Asar. - Utusan

Monday, August 1, 2011

Cepat klimaks ketika mimpi basah?

SAYA berumur 19 tahun, masih belajar dan aktif bersukan. Saya jarang melakukan onani kerana tahu keburukannya.
Namun, ketika mengalami mimpi basah, saya dapati saya sering terpancut awal. Adakah mimpi itu petanda saya akan mengalami ejakulasi pramatang jika berkahwin nanti?


DIN
Kuala Lumpur



Sudah tentu perkara yang menyeronokkan anda dalam mimpi akan membuatkan anda teruja dan mudah hilang kawalan. Lebih-lebih lagi dalam mimpi. Tidak hairan jika anda sedar daripada mimpi dan mendapati anda mencapai ejakulasi dan tak boleh mengawalnya.

Kadangkala anda tidak sedar anda mengalami mimpi basah dan hanya tahu apabila terjaga. Semua perkara itu normal dan bukan petanda masalah.

Jelas anda mempunyai sistem seksual yang berfungsi dan aktif. Teruskan aktiviti sukan dan amalkan gaya hidup sihat. Jauhi menonton atau membaca bahan berunsurkan seks walaupun anda tidak beronani.

Kerap mimpi basah atau mencapai ejakulasi ketika bercumbuan dalam mimpi bukan petanda anda akan cepat klimaks setelah berkahwin.

Anda hanya akan tahu selepas berkahwin. Itupun melalui pengalaman hubungan seksual dengan pasangan anda

Lelaki Tertinggi di Dunia

Biodata
Manusia tertinggi di dunia yang pernah direkodkan dalam sejarah manusia - Robert Wadlow, dilahirkan di Alton, Illinois, pada tahun 1918, dan ketinggiannya mencecah 6 kaki tinggi walaupun masa dia lapan tahun.



Sebab
Beliau mengalami gangguan Gigantism, yang membuat bahagian bawah badan yang paling besar , manakala kepala dan dada kekal pada saiz normal. Ini disebabkan oleh tumor kelenjar pituitari yang melepaskan jumlah hormon pertumbuhan yang besar, menyebabkan gangguan yang teknikal dipanggil sebagai gigantism acromegalic.

 

P/s:Beliau telah mencapai ketinggian akhir 8 kaki 11 inci pada usia 21 tahun, dan akhirnya meninggal dunia disebabkan radang kaki.

credit to http://www.imagegossips.com

Saturday, July 30, 2011

How Serious Is Our Water Challenge?

Facts

  • Lack of clean water is responsible for more deaths in the world than war. About 1 out of every 6 people living today do not have adequate access to water, and more than double that number lack basic sanitation, for which water is needed.


  •  By some estimates, each day nearly 5,000 children worldwide die from diarrhea-related diseases, a toll that would drop dramatically if sufficient water for sanitation was available.
  •  Canada has plenty of water, far more than its people need, while the Middle East and northern Africa — to name just two of many — suffer from perpetual shortages.
  •  Brazil, some regions are awash in fresh water while other regions, afflicted by drought, go wanting. 
  • And in some developing countries, water supplies are contaminated not only by the people discharging toxic contaminants, but also by arsenic and other naturally occurring poisonous pollutants found in groundwater aquifers.
  • Water for drinking and personal use is only a small part of society’s total water needs — household water usually accounts for less than 5 percent of total water use,the other are used for sanitation, most of the water we use is for agriculture and industry.
  •  About 3 percent of the planet’s water is fresh, but most of that is in the form of snow or ice. 
  • Water contained in many groundwater aquifers was mostly deposited in earlier, wetter times, and the rate of use from some aquifers today exceeds the rate of their replenishment.
  • “Overcoming the crisis in water and sanitation is one of the greatest human development challenges of the early 21st century,” a recent U.N. report warns. 

Wednesday, July 27, 2011

Memaknakan kehidupan

Bagaimanakah untuk menadikan kehidupan kita sebagai kehidupan yang bermakna?
Pasti ramai yang terfikir. Melihat betapa hujung kehidupan seakan satu lubang hitam yang tidak diketahui, membuatkan kehidupan menjadi hambar dan dihurung keresahan.
Apabila kita melalui hari-hari dengan merasakan bahawa kehidupan kita tidak mempunyai makna yang signifikan, kita akan rasa lemah hendak melaluinya. Kita akan rasa letih dan penat menjalaninya.
Di sinilah kelemahan terbentuk dan hidup jadi tidak menentu.
Sedangkan, makna hidup itu wujud.
Tinggal kita sahaja perlu memaknakannya.

Cara memaknakan kehidupan 1: Mempunyai matlamat
Hendak memaknakan kehidupan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mempunyai matlamat.
Kehadiran matlamat membuatkan kehidupan mempunyai makna yang signifikan. Kita ada target yang hendak dicapai, kita ada sesuatu untuk dilakukan. Untuk menjadikan perkara ini lebih berkesan, maka kita perlu mewujudkan dua matlamat.
Matlamat jangka panjang.
Matlamat jangka pendek.
Matlamat jangka panjang adalah apa yang kita hendak capai di akhirnya. Manakala matlamat jangka pendek adalah perkara-perkara yang perlu kita capai untuk mencapai matlamat jangka panjang.
Hidup tanpa matlamat, samalah seperti main bola tanpa gol. Bosan, tidak bermakna, tidak mencapai apa-apa. Hidup punya matlamat, samalah seperti permainan bola yang mempunyai gol. Matlamat jangka panjang kita adalah hendak memenangi perlawanan, maka matlamat jangka pendek adalah kita perlu menjaringkan gol ke gawang lawan, dan menjaga gol kita dari dibolosi.
Kita tidak sukar mewujudkan matlamat jangka panjang dalam kehidupan. Hal ini kerana, Islam telah menyediakannya.
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah” Surah Ad-Dzariyat ayat 56.
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).” Surah An-Nisa’ ayat 14.
Persoalan utama adalah, bagaimana hendak mewujudkan matlamat jangka pendek bagi mencapai matlamat jangka panjang?

Cara memaknakan kehidupan 2: Merancang strategi mencapai matlamat
Permainan bola yang mempunyai gol juga boleh menjadi hambar dan membosankan sekiranya pemain-pemain di atas padang bermain semberono dan tidak berstrategi.
Begitulah kehidupan. Apabila kita menjalaninya tanpa strategi, maka ada kemungkinan besar kita tidak akan berjaya mencapai matlamat jauh kita.
Justeru, untuk memberikan kehidupan kita makna, strategi dan perancangan untuk mencapai matlamat perlulah diatur.
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” Surah As-Saff ayat 4.
Hatta Allah SWT juga melakukan sesuatu dalam keadaan yang amat tersusun.
“Alif Laam Raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu,” Surah Hud ayat 1.
Soal diri kita, apakah yang perlu kita lakukan untuk mencapai matlamat jangka panjang?
Maka di sinilah kita mewujudkan matlamat-matlamat jangka pendek.
Susun strategi untuk mencapainya. Berikan masa dan waktu yang sesuai untuk menggapainya. Kemudian usaha disiplinkan diri untuk mempunyainya.
Yang tidak berstrategi, atau tidak patuh dengan strateginya, hanya akan runtuh. Bayangkan anda menonton satu pertandingan bola sepak, yang pemain-pemainnya hanya tahu menendang bola keluar padang semata-mata. Atau satu permainan yang hanya penuh dengan pergaduhan dan layangan kad. Adakah itu bermakna untuk anda?
Jadi, adakah bermakna kehidupan dengan pergerakan yang menyimpang dari matlamat kehidupan, serta mendapat layangan-layangan ‘kad’ daripada Allah SWT?
Semestinya tidak bermakna.
Maka perlu punya strategi.

Cara memaknakan kehidupan 3: Mengkualitikan waktu yang wujud
Setiap permainan ada waktu yang terhad.
Begitu jugalah  kehidupan kita. Tinggal, kalau bermain bola kita tahu bahawa kita ada 90 minit, ditambah dengan beberapa minit waktu kecederaan. Tetapi tidak untuk kehidupan, kita tidak tahu bila waktu kita akan berakhir.
Namun asasnya tetap sama. Permainan punya waktu, kehidupan punya waktu. Pemain-pemain yang tidak berjaya menggunakan waktunya di dalam permainan pada tahap yang terbaik, maka dia akan kerugian.
Begitulah kehidupan. Kehidupan jadi tidak bermakna sekiranya waktu di dalam kehidupan terbazir begitu sahaja. Tidak bermakna, tidak punya harga. Kerana ia dikorbankan ke arah yang bukan menghala ke matlamat yang hendak dicapainya.
Di situlah kehidupannya menjadi tidak bernilai. Hal ini kerana, waktu adalah terhad.
Terbazir, ia tidak akan datang semula walau dibayar dengan harga tingginya 8 petala.
Pengkualitian waktu ini, hanya akan terwujud apabila pada kita ada satu perkara.
Itulah dia makhluk bernama SERIUS.

Penutup: Hidup adalah permainan. Ada kalah, ada menang. Tetapi tiada seri.
Dilihat semula, kehidupan adalah ibarat permainan.
Tinggal, kemungkinan ada permainan yang mempunyai seri. Namun di dalam kehidupan tiada seri. Akhirnya hanya ada menang atau kalah sahaja. Berjaya mencapai matlamat, atau tidak. Itu sahaja.
Makna kehidupan hanya akan diperolehi apabila tiga perkara di atas wujud di dalam diri.
Hidup yang bermatlamat, adalah hidup yang bermakna.
Kerana perjalanan hidupnya terisi dengan perancangan-perancangan mencapai matlamatnya.
Waktu-waktunya habis semuanya dinilai kerana melaksanakan perancangan-perancangannya.
Inilah dia kehidupan yang bermakna.
Yang memahami ini tak akan gundah, kerana lubang hitam pada masa hadapannya telah hilang.
© Langitilahi.com